Simpulan Bahasa - maksudnya
Gaji buta - Gaji yang diterima tanpa bekerja keras (tidak menjalankan tugas walaupun menerima upah/gaji).
Galang ganti - Ketokohan P. Ramlee dalam bidang seni tiada galanggantinya.
Ganti rugi - benda/bayaran yang dikenakan atas kerugian yang dialami.
Ganti (Berganti) tikar - mengahwini adik atau kakak kepada isteri atau saudara suami setelah isteri/suami maninggal dunia.
Gatal mulut - gemar bercerita tentang keburukan orang lain.
Gatal tangan - gemar melakukan yang bukan-bukan.
Gelap fikiran - tidak dapat berfikir (sehingga mengamuk) lantaran terlalu marah.
Gelap hati /Gelap hati - sukar mengikuti pelajaran.
Gelap mata - i) sama dengan Gelap hati, ii) lupa diri apabila diberikan rasuah.
Geli hati - rasa hendak tertawa.
Gigit (Menggigit) jari - berasa kecewa/hampa.
Gila (-gila) bahasa - agak sewel.
Gila bayang - mencintai seseorang yang tidak tahu bahawa dirinya dicintai.
Gila judi - suka berjudi.
Gila talak - seakan-akan tidak siuman selepas bercerai.
Goyang (bergoyang) kaki - bersenang-senang tanpa perlu bekerja.
Gunting dalam lipatan - orang yang disangka kawan tetapi sebenarnya musuh yang mencuba menjahanamkan kita.
Latest update : 17th July 2008
没有评论:
发表评论