2008年7月26日星期六

Simpulan Bahasa - 'I'

Simpulan Bahasa - maksudnya

Ibu angkat - sama dengan "Emak angkat/Mak angkat'

Ibu ayam - wanita yang memperniagakan pelacur.

Ibu keladi - i) orang tua yang berkelakuan seperti orang muda;

ii) ibu yang beranak banyak.

Ibu pertiwi - negara sendiri; negara yang menjadi tempat tumpah darah.

Ikat (Mengikat) janji - memeterai/membuat persetujuan.

Ikat (Mengikat) perut - mengurangkan makan kerana hidup susah.

Ikut (Mengikut) hati - menurut kehendak hati.

Ikut (Mengikut) jejak - meniru perbuatan/amalan orang yang terdahulu.

Ikut (Mengikut) telunjuk - akur akan perintah orang lain.

Iri hati - berperasaan dengki/cemburu.

Isi hati/Isi perut - perasaan/fikiran.

Latest update : 26th July 2008


2008年7月16日星期三

Simpulan Bahasa - 'H'

Simpulan Bahasa - maksudnya

Habis akal /Habis ikhtiar - bingung dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.

Hancur hati - terlalu sedih.

Harga diri - maruah/nama baik.

Hargi mati - harga (barangan)yang tidak boleh ditawar lagi.

Harga pokok /Harga tetap - harga asal sesuatu barangan (mengikut modal yang dikeluarkan).

Hati ayam/Hati tungau - penakut/pengecut.

Hati batu - i) degil ; ii) tidak memiliki perasaaan belas kasihan.

Hati budi - sifat/perangai.

Hati kecil - perasaan hati yang sebenarnya.

Hentam kromo - melakukan sesuatu secara sambalewa.

Hidung belang/Hidung putih - lelaki yang suka mengganggu perempuan.

Hidung tinggi - sombong dan bermegah diri.

Hilang akal/Hilang ingatan - i) tidak sedar akan diri; pengsan; gila.

Hilang semangat - tersentak kerana terperanjat.

Hitam manis - kulit seseorang yang berwarna hitam kemerah-merahan.

Hitam putih - perjanjian yang dibuat secara bertulis.

Hutang (Terhutan) budi - kebaikan yang diperoleh dan wajah dibalas.

Hutang lapuk - hutang yang sudah lama tidak dilunaskan.

Hutang (Berhutang) nyawa - nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.

Latest update - 17th July 2008

Simpulan Bahasa - 'G'

Simpulan Bahasa - maksudnya

Gaji buta - Gaji yang diterima tanpa bekerja keras (tidak menjalankan tugas walaupun menerima upah/gaji).

Galang ganti - Ketokohan P. Ramlee dalam bidang seni tiada galanggantinya.

Ganti rugi - benda/bayaran yang dikenakan atas kerugian yang dialami.

Ganti (Berganti) tikar - mengahwini adik atau kakak kepada isteri atau saudara suami setelah isteri/suami maninggal dunia.

Gatal mulut - gemar bercerita tentang keburukan orang lain.

Gatal tangan - gemar melakukan yang bukan-bukan.

Gelap fikiran - tidak dapat berfikir (sehingga mengamuk) lantaran terlalu marah.

Gelap hati /Gelap hati - sukar mengikuti pelajaran.

Gelap mata - i) sama dengan Gelap hati, ii) lupa diri apabila diberikan rasuah.

Geli hati - rasa hendak tertawa.

Gigit (Menggigit) jari - berasa kecewa/hampa.

Gila (-gila) bahasa - agak sewel.

Gila bayang - mencintai seseorang yang tidak tahu bahawa dirinya dicintai.

Gila judi - suka berjudi.

Gila talak - seakan-akan tidak siuman selepas bercerai.

Goyang (bergoyang) kaki - bersenang-senang tanpa perlu bekerja.

Gunting dalam lipatan - orang yang disangka kawan tetapi sebenarnya musuh yang mencuba menjahanamkan kita.

Latest update : 17th July 2008

2008年7月4日星期五

Simpulan Bahasa - 'F'

Simpulan Bahasa - maksudnya

Fasih lidah - pandai berkata-kata/lancar bercakap.

Fikir (Berfikir) dua kali - memikirkan sesuatu perkara semula.

Fikir (Berfikir) panjang - berfikir panjang-panjang.

Fikiran buntu - tidak dapat memikirkan sesuatu kerana tiada idea.

Fikiran (Berfikiran) kolot - fikiran yang ketinggalan zaman.

Fikiran (Berfikiran) sempit - mempunyai fikiran yang cetek.

Fikiran (Berfikiran) tajam - seseorang yang mempunyai daya fikiran yang baik/bijak.

Latest update : 04th July 2008

Simpulan Bahasa - 'E'

Simpulan Bahasa - maksudnya

Emak (Mak) angkat - wanita yang dijadikan seperti ibu sendiri.

Emak (Mak) bidan - gelaran bagi wanita yang menjalankan tugas perbidanan.

Emak tiri - wanita (yang bukan ibu sendiri) yang menjadi isteri bapa.

Enak hati - gembira/senang hati.

Enau di hutan - seseorang yang suka hidup bersendirian.

Latest update : 04th July 2008